nasir jani, imuda, pyan habib, kathy ibrahim



*****
EXT. PERKARANGAN BANK BUMIPUTRA, JALAN MELAKA – SIANG

Bawah teduhan pokok, Bujang memetik gitar sambil menyanyikan lagu “Sesat Di Kuala Lumpur” sedang Osman Tikus mengetuk tin bir kosong dengan sebatang ranting kayu – busking.

Sepasang muda-mudi berjalan melintasi mereka. Si lelaki mengeluarkan sepuluh sen, mencampakkannya ke sarung gitar dan terus berlalu.



OSMAN TIKUS
(Kepada pasangan muda-mudi)

Aiii! Apa ni? Sepuluh sen aje?!

OSMAN TIKUS
(Kepada Bujang)

Oi! Bujang, lu main lah lagu sentimental. Lagu jiwa-jiwa, lagu cinta. Barulah orang nak dengar. Ini…? Alahai…!

BUJANG

Ahhh! Lagu buat orang khayal, jadi malas. Takde kemajuan.

OSMAN TIKUS

Apa?

BUJANG
(mengerut)

Takde kemajuan!

*****


Advertisements